Malaysia. Sewajarnya kita mengenali dan meluangkan masa untuk mengetahui akan sejarah tanah tumpah darah yang dicintai ini. Epik yang terkandung dalam risalah sejarah asal-usul Malaysia akan meningkatkan lagi rasa kecintaan kita terhadap tanah air. Bumi Malaysia sebenarnya telah didapati berpenghuni sejak lebih kurang 40,000 tahun yang lalu melalui penemuan bukti-bukti peninggalan kaum Negrito.
Pada abad ke-18, Malaysia berada di bawah jajahan Empayar British dan dikenali sebagai Negeri-negeri Selat. Sebelum dipinda nama kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, Semenanjung Malaysia dipanggil Tanah Melayu atau Malaya dan telah disatukan di bawah struktur komanwel pada tahun 1946. Penyatuan wilayah Tanah Melayu dengan negeri (Borneo) Sabah, Sarawak, dan Singapura berlaku pada tahun 1963 dan ketika inilah bermulanya era penggunaan nama Malaysia. Pada tahun 1965 Singapura telah keluar dari persekutuan dan memulakan revolusi untuk menjadi sebuah negara bebas.
Secebis Singkapan Epik
"Semenanjung Emas" merupakan gelaran yang diberikan kepada Semenanjung Melayu oleh tamadun India purba (Suvarnadvipa). Kehadiran pedagang dari India dan China ke Semenanjung Tanah Melayu memberi impak yang besar di mana mereka telah membuka pelabuhan dan membina bandar pada abad ke-2 dan ke-3 M. Tulisan yang diguna-pakai ketika itu adalah sistem tulisan sanskrit.
Empayar Srivijaya mula mendominasi dan menakluki Semenanjung Tanah Melayu dari abad ke-7 sehingga abad ke-13. Mereka berpengkalan di Palembang, Pulau Sumatera. Seterusnya giliran empayar Majapahit dari Jawa mengambil alih serta berpengaruh di kawasan-kawasan Indonesia, Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo.
Parameswara yang merupakan seorang putera dari waris kerajaan Srivijaya telah membina sebuah negeri yang dikenali sebagai Melaka pada abad ke-15. Melaka menjadi mahsyur dengan limpahan para pedagang dari segenap pelusuk dunia sehingga menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal. Kehadiran cahaya Islam telah tersebar apabila Parameswara memeluk agama Islam dan kebanyakan dari pengikutnya juga memeluk Islam sekitar abad ini.
Era Penjajahan Eropah
Sekitar tahun 1511 bermulalah zaman penaklukan dari Benua Eropah. Bermula dengan penjajahan negeri Melaka oleh Portugal seterusnya oleh Belanda sekitar tahun 1641. Rovolusi empayar British mula menjajah Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 1786. Sekitar tahun 1824 British meluaskan dominasi setelah menguasai negeri Melaka melalui perjanjian Inggeris - British. Pelaksanaan perjanjian Inggeris - British telah memecahkan kepulauan Melayu kepada dua bahagian iaitu taklukan British dan taklukan Belanda.
Pembentukan negeri-negeri Selat berlaku pada tahun 1826 di mana pihak British telah berjaya menguasai Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan juga Labuan. Seawal abad ke-20, Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan telah membentuk pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu. Pada ketika itu telah ditugaskan Residen British sebagai penasihat kepada raja-raja Melayu.
Kehadiran tentera Jepun pada Perang Dunia Ke-2 telah menjadikan keadaan kucar-kacir. Namun begitu perpaduan antara rakyat yang tidak mengira etnik (Pihak Berikat) telah berjaya menentang dan menakluki semula wilayah Malaysia dengan bantuan British. Cadangan penyatuan sistem pentadbiran Malayan Union oleh pihak British tidak diterima oleh orang Melayu pada ketika itu yang beranggapan bahawa perlaksanaannya bakal melemahkan kuasa raja-raja Melayu. Namun begitu Malayan Union tetap ditubuhkan pada tahun 1946 dan dibubarkan pada tahun 1948. Pembubaran Malayan Union adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada Persekutuan Tanah Melayu untuk memulihkan sistem autonomi raja-raja Melayu di bawah pentadbiran British.
Parti Komunis Malaya mula melancarkan serangan gerila bagi mengusir pihak British dari Malaya sehingga mencetuskan tragedi darurat yang berlanjutan sehingga tahun 1960. Pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka serta bebas dengan pemerintahan sendiri dan gerila Komunis telah menyerah kalah pada tahun 1960. Cadangan asal pembentukan negara dan penggunaan nama Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 tetapi telah dipinda kepada 16 September 1963 ekoran tentangan kerajaan Indonesia dan cubaan penangguhan oleh Parti Bersatu Sarawak.
No comments:
Post a Comment