Kempen Hias Laman Web/Blog Utusan Malaysia 2011


Mari kita sama-sama memeriahkan komuniti blogger dengan menyertai Kempen Hias Laman Web/Blog anjuran Utusan Malaysia 2011. Dewasa ini pengaruh blog sebagai pemberi maklumat menjadi medium utama yang mendominasi enjin carian di internet. Dengan penganjuran kempen sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan rasa kecintaan dan semangat untuk mengenang bulan kemerdekaan serta pembentukan struktur tanah air yang kita diami sekarang ini. Melalui kempen ini juga kita akan saling mengenali serta merapatkan hubungan dalam kancah komuniti blogger.

Cara menyertai :

Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.

Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.

Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.

Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai. 

Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa :

Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang

Syarat penyertaan :

1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.

3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.

4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my) melalui borang yang telah disediakan. [Borang penyertaan]

5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan. 

11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Oleh itu kepada sesiapa yang berani tampil menyertai kempen ini bolehlah mengambil bahagian dan memberi saingan. Semoga dengan menyertai kempen seperti ini akan memberi manfaat kepada pembaca-pembaca untuk menyahut seruan "Kibarkan Jalur Gemilang".

No comments: