Mari kita sama-sama memeriahkan komuniti blogger dengan menyertai Kempen Hias Laman Web/Blog anjuran Utusan Malaysia 2011. Dewasa ini pengaruh blog sebagai pemberi maklumat menjadi medium utama yang mendominasi enjin carian di internet. Dengan penganjuran kempen sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan rasa kecintaan dan semangat untuk mengenang bulan kemerdekaan serta pembentukan struktur tanah air yang kita diami sekarang ini. Melalui kempen ini juga kita akan saling mengenali serta merapatkan hubungan dalam kancah komuniti blogger.
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
Di Sebalik Bendera Malaysia - Jalur Gemilang | Malaysia Flag
Sebelum dikenali dengan Jalur Gemilang bendera kebanggaan negara digelar Bendera Malaysia. Bendera Malaysia berkibar megah bermula pada tanggal 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor. Majlis menaikkan bendera telah dianjurkan oleh pesuruhjaya British setelah mendapat kelulusan rekabentuk daripada Raja George VI (19 Mei 1950).
Tugu Peringatan Negara | Mengenang Jasa Perajurit
Binaan struktur Tugu Peringatan Negara telah direka oleh seorang pengukir dari Austria bernama Felix de Weldon pada tahun 1966. Diperbuat daripada gangsa dan dibina setinggi 15 meter. Tugu Negara terletak berhampiran bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Jalur Gemilang berkibar megah tanda kebangkitan dalam mencapai erti kemerdekaan sebenar.
Tujuan pembinaannya adalah sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan para perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia I (1814-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan sepanjang tempoh darurat melanda tanah air (1948-1960). Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
13 Buah Negeri dan 3 Wilayah Persekutuan Membentuk Malaysia
2011 - Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan yang ditadbir di bawah naungan sultan yang dipilih (selama 5 penggal) dari 9 buah negeri yang mengekalkan kerabat di raja sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pentadbiran kerajaan persekutuan pula diterajui oleh seorang Perdana Menteri bersama jemaah-jemaah menteri yang dilantik bagi melancarkan tugas selia tadbir di Malaysia. Dari 13 buah negeri dipecahkan pula kepada daerah, mukim serta kelompok. Pentadbiran di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Setiap negeri diketuai oleh seorang Ahli Dewan Undangan yang terpilih oleh suara rakyat melalui sistem Pilihanraya.
Rukunegara Malaysia | Malay - English
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
- mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokratik;
- mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
- membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN



