AUTHOR

Seorang budak penghantar surat. Meluah sisipan "Bias Persepsi" dari pandangan mata diteroka oleh akal, ditafsir oleh hati dan diterjemah oleh jemari melalui coretan.

Dilahirkan pada tanggal 28 Ogos 1984, Selasa, di negeri Pahang Darul Makmur. Konflik pemilihan sektor kerjaya dialami kerana kedegilan dan keras kepala semasa melalui zaman pengajian. Pasrah pada ketentuan takdir, tidak berjaya mendominasi akademik tetapi diberi ruang menimba pengalaman hidup di rantauan dengan izin-Nya.

Bangga menjadi warganegara Malaysia. Bangga menjadi penulis berteraskan blog walau sekadar sisipan prolifik. Bangga berdiri di atas dasar kemakmuran tanah air.

Insan biasa yang cuba-cuba mendekatkan diri dengan orang asing melalui medium sosial era pembangunan. Berterima kasih kepada komuniti yang sedia mendengar bingkisan dari sanubari. Berpandukan fakta, nukilan diolah dengan mainan kata-kata sebagai panduan diri dan juga pembaca.

Mengenal jati diri bukanlah semudah mengukir janji di bibir. Keazaman adalah tekad yang menuntut usaha berterusan beserta teras kesabaran. Pengorbanan demi pengorbanan itu menjadi pedoman untuk membaiki kesilapan. Kegagalan itu lumrah yang memenuhi setiap percubaan. Kejayaan itu terbentuk setelah kegagalan mendewasakan.

Sekian.